Jumaat, 20 April 2012

mungkin aku bukan untukmu!!

maaf.
saya masih disini,
masih fikirkan sesuatu yang tak pasti,
dan mengenangkan diri yang melalui,
cinta.
jangan sekali kau memaksa,
lagi kau menekan,
lagi itu ia akan menghindar,
dan lambat laun ia akan berundur,
awak.
cinta itu subjektif,
cinta itu kadang menggunakan idealogi,
perlukan daya kreativiti,
bukan fakta ciptaan sendiri,
cuba kau pandang sekeliling kau,
adakah semua manusia itu sama,
tidak bukan?
hati aku sukar ditafsir,
kadang cinta itu ada,
kadang cinta itu tiada,
lebih mudah aku katakan,
aku mudah rasa jemu,
maaf.
mungkin kita tak ditakdir bersama,
mungkin aku bukan tulang rusuk yang kau cari selama,
perasaan untuk bercinta itu tiada,
hilang bersama rasa,
pergi bersama kenangan semalam,
maaf. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan